TASHBIH DALAM AMTHAL RASULULLAH S.A.W
SIMILE IN PROVERBS OF PROPHET MUHAMMAD S.A.W
Keywords:
bayan, tashbih, amthal Rasulullah S.A.WAbstract
Tashbih merupakan salah satu gaya bayan yang indah. Melaluinya penutur mampu menampilkan makna dalam bentuk yang boleh nampak untuk mendekatkan pemahaman pendengar terhadap sesuatu idea yang ingin diketengahkan. Rasulullah S.A.W sebagai orang Arab yang paling tinggi kepetahannya menggunakan pendekatan ini untuk menyampaikan sesuatu makna dengan cara yang paling berkesan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti unsur tashbih di dalam amthal Rasulullah S.A.W serta gambaran yang dibina oleh baginda untuk menyampaikan sesuatu idea. Bahan kajian merupakan beberapa amthal pilihan yang terdapat di dalam kitab himpunan amthal serta turut diriwayatkan oleh al-Bukhariy dan Muslim. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tashbih Rasulullah S.A.W bersifat menjelaskan sesuatu persoalan yang mahsus dengan menggunakan perlambangan yang mahsus atau menjelaskan sesuatu persoalan yang ma„qul dengan menggunakan perlambangan yang mahsus. Hal ini kerana bayan Rasulullah S.A.W berfungsi untuk memperjelaskan makna dalam bentuk yang boleh nampak bagi menjelaskan perkara yang samar, mendekatkan perkara yang jauh serta menampakkan perkara yang abstrak. Dapatan kajian juga menunjukkan baginda menggunakan pelbagai pendekatan untuk membina gambaran makna yang dikehendaki seperti adaptasi kisah rakyat, adaptasi peristiwa semasa yang berlaku serta elemen persekitaran sosiobudaya Arab seperti unta, ular dan sihir.Downloads
Download data is not yet available.
