PEMBUDAYAAN ILMU DAN PERKEMBANGAN INSTITUSI MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH SAW
CULTIVATION OF SCIENCE AND DEVELOPMENT OF MOSQUE INSTITUTION AT THE TIME OF RASULULLAH SAW
Keywords:
Pembudayaan Ilmu, Perkembangan, Institusi Masjid, Kegemilangan, Tamadun IslamAbstract
Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan kewajipan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang maju dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah dan modal insan bertaqwa serta holistik. Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, pada awal Islam aktiviti di masjid adalah dalam konteks membina modal insan dan individu Muslim melalui pengisian kerohanian di masjid bersumberkan al Qur’an dan pengajian hadis. Uurusan pentadbiran dan pengurusan masjid perlu dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam melaksana pengurusan masjid dan menjana aktiviti yang lebih berskala besar agar masjid bukan difahami dalam konteks ibadah sahaja tetapi juga tempat untuk menterjemahkan hakikat sebenar di dalam al Quran dan hadis. Perbincangan merangkumi kepentingan pengajian hadith menurut Islam, institusi masjid dan kepentingannya dalam Islam, pengajian hadith dan institusi masjid pada zaman Rasulullah SAW.
