Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah

Pengarang

  • Siti Rohani Jasni -- Author
  • Suhaila Zailani @ Ahmad -- Author
  • Hakim Zainal -- Author

Kata kunci:

Universiti Malaysia Sabah, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, bahasa Arab, pengajaran dan pembelajaran

Abstrak

Universiti Malaysia Sabah merupakan institusi pengajian tinggi pertama di negeri Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1994. Antara objektif yang disasarkan ialah penganjuran program-program pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara. Penawaran kursus bahasa Arab sebagai bahasa Asing ditawarkan secara elektif untuk pelajar program pra siswazah dalam berbagai-bagai aliran bidang pengajian. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ditempatkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa yang berfungsi untuk mempromosikan pelbagai disiplin ilmu teras dan wajib universiti. Kajian ini bertujuan membincangkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Dapatan mendapati kajian berkaitan sejarah perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah kurang mendapat tumpuan dalam kalangan pengkaji bahasa Arab. Kajian ini diharap dapat menambah pengetahuan masyarakat umum mengenai sejarah perkembangan bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah. Penulisan ini menyarankan agar kajian lanjut dilakukan bagi mengupas tentang isu-isu perkembangan pedagogi bahasa Arab di Sabah yang kurang diketengahkan dalam kajian semasa.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Diterbitkan

2022-12-01

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Jasni, S. R., Zailani @ Ahmad, S., & Zainal, H. (2022). Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah. JURNAL AL-ANWAR, 11(2), 107-113. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/8