Perkembangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah

Authors

  • Siti Rohani Jasni -- Author
  • Suhaila Zailani @ Ahmad -- Author
  • Hakim Zainal -- Author

Keywords:

Universiti Malaysia Sabah, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, bahasa Arab, pengajaran dan pembelajaran

Abstract

Universiti Malaysia Sabah merupakan institusi pengajian tinggi pertama di negeri Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1994. Antara objektif yang disasarkan ialah penganjuran program-program pengajaran dan penyelidikan yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara. Penawaran kursus bahasa Arab sebagai bahasa Asing ditawarkan secara elektif untuk pelajar program pra siswazah dalam berbagai-bagai aliran bidang pengajian. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ditempatkan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa yang berfungsi untuk mempromosikan pelbagai disiplin ilmu teras dan wajib universiti. Kajian ini bertujuan membincangkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Dapatan mendapati kajian berkaitan sejarah perkembangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah kurang mendapat tumpuan dalam kalangan pengkaji bahasa Arab. Kajian ini diharap dapat menambah pengetahuan masyarakat umum mengenai sejarah perkembangan bahasa Arab di Universiti Malaysia Sabah. Penulisan ini menyarankan agar kajian lanjut dilakukan bagi mengupas tentang isu-isu perkembangan pedagogi bahasa Arab di Sabah yang kurang diketengahkan dalam kajian semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

12/01/2022

Issue

Section

Articles