PENGAPLIKASIAN UNSUR KONTEKS BUDAYA TEMPATAN DALAM PEMBELAJARAN WACANA ARAB
APPLICATION OF ELEMENTS OF LOCAL CULTURAL CONTEXT IN LEARNING ARABIC DISCOURSE
Kata kunci:
konteks budaya, budaya tempatan, wacana Arab, penguasaan bahasa ArabAbstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis unsur konteks budaya tempatan yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran wacana Arab. Unsur konteks budaya tempatan mempunyai peranan dan perkaitan yang signifikan dalam penguasaan bahasa Arab oleh pelajar Malaysia, khususnya dalam konteks pembelajaran wacana Arab di Malaysia. Pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan diaplikasikan dalam kajian ini. Sebanyak 20 teks yang dikeluarkan daripada buku teks Bahasa Arab Tingkatan Tiga (KBSM) telah digunakan dalam analisis kandungan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 35 unsur konteks budaya tempatan telah dikenal pasti dalam teks pembelajaran wacana Arab, iaitu jenis makanan (62.9%), masyarakat majmuk (28.6%), sambutan perayaan (5.7%), dan cerita warisan (2.8%).Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2016-12-19
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2016 Mohd Zuhir Abd Rahman, Mohd Azidan Abdul Jabar

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Abd Rahman, M. Z., & Abdul Jabar, M. A. (2016). PENGAPLIKASIAN UNSUR KONTEKS BUDAYA TEMPATAN DALAM PEMBELAJARAN WACANA ARAB: APPLICATION OF ELEMENTS OF LOCAL CULTURAL CONTEXT IN LEARNING ARABIC DISCOURSE. JURNAL AL-ANWAR, 93-111. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/34
