PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERTUTUP DALAM SISTEM TULISAN JAWI

THE USE OF VOWEL ALIF IN A CLOSED SYLLABLE IN JAWI WRITING SYSTEM

Authors

Keywords:

vokal, ejaan Jawi, suku kata, fonetik

Abstract

Penggunaan vokal alif pada suku kata tertutup (KVK) dalam sistem tulisan Jawi agak bercelaru dan tidak mempunyai peraturan yang tetap. Upamanya pada ejaan كنديس [kan.dis] dan كمبي [kam.bi] vokal alif digugurkan, manakala pada ejaan كاندوڠ [kan.dung] dan سامبر [sam.bar] vokal alif dimasukkan pada suku kata tertutup pertama dalam perkataan tersebut. Hal yang sebegini menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pengguna tulisan Jawi. Kajian ini cuba menganalisis dan menghurai permasalahan pengguaan vokal alif ini pada suku kata tertutup berdasarkan kaedah fonetik. Ia juga bertujuan untuk melihat masalah penggunaan vokal alif ini dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini menggabungkan kaedah teoritikal dan kuantitatif. Dalam kajian teoritikal, pengkaji menerapkan teori fonetik dan fonologi untuk menghurai dan membentuk teori penulisan Jawi yang lebih tersusun. Responden kajian ini terdiri daripada 26 orang pelajar Bacelor Usuluddin dan Falsafah UKM dan 25 orang pelajar Bacelor Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia. Kajian mendapati bahawa pelajar UKM dan UPM bermasalah menggunakan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Ab. Halim Mohamad, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Bahasa Asing,
    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
    Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

06/17/2019

Issue

Section

Articles

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.