KASSIM AHMAD DAN PEMIKIRAN ANTI HADIS

KASSIM AHMAD AND ANTI-HADITH THOUGHTS

Authors

Keywords:

Kassim Ahmad, anti Hadis, kajian kualitatif, Malaysia, pemikiran anti Hadis

Abstract

Sudah ramai yang mengkaji mengenai Kassim Ahmad, akan tetapi setakat yang diketahui tiada yang mengkaji pemikirannya menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kami telah mencuba mengkaji pemikiran Kassim Ahmad dan pemikiran anti hadisnya melalui kaedah penyelidikan kualitatif. Alhamdulillah kajian ini dapat diselesaikan sebelum kematiannya. Kassim Ahmad telah dikenal pasti sebagai individu yang mempertikaikan hadis. Pertuduhan anti hadis terhadap beliau telah dibuat sejak tahun 1986 oleh Jabatan Mufti di negeri-negeri melalui beberapa fatwa yang telah diwartakan oleh negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pahang. Berasaskan kepada penulisan dan ucapan beliau, adalah satu perkara yang penting untuk diteroka tentang pemikiran beliau mengenai Islam terutamanya pandangan beliau terhadap hadis. Berdasarkan hakikat tersebut, kajian tentang pemikiran Kassim Ahmad sebagai individu yang menolak hadis perlu dijalankan bagi meneroka asas pandangan beliau, kaedah yang digunakan bagi menafsir al-Quran, hujah yang digunakan bagi menolak hadis dan pandangan beliau berhubung dengan perkara-perkara ghaibiyyat. Kami adalah satu-satunya pengkaji yang berjaya menebual beliau sebelum beliau meninggal dunia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Izwan Mohd. Ali, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,
    Fakulti Ekologi Manusia,
    Universiti Putra Malaysia

  • Amini Amir Abdullah, Universiti Putra Malaysia

    Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan,
    Fakulti Ekologi Manusia,
    Universiti Putra Malaysia

  • Fathiyah Mohd Fakhruddin, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Pengajian Pendidikan,
    Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

06/17/2019

Issue

Section

Articles