Isu Kebebasan Dalam Novel Karya Najib Al-Kilani: Satu Tinjauan Literatur

Authors

  • Zakiyatul Mahmudah -- Author
  • Zulkarnain Mohamed -- Author

Keywords:

Kebebasan, Najib al-Kilani, Sastera Islam

Abstract

Najib al-Kilani (1931-1995) merupakan sasterawan Muslim Mesir yang telah banyak menghasilkan novel-novel kisah Islam semasa hidupnya. Melalui karya-karyanya, al-Kilani dianggap sebagai salah seorang sasterawan yang sukses dalam menyampaikan mesej kemanusiaan kepada para pembaca. Nilai-nilai kemanusiaan yang diangkat juga bersesuaian dengan pandangan Islam. Hal ini terbukti daripada hasil karya-karyanya yang selalu membincangkan pelbagai persoalan kemanusiaan, salah satunya persoalan kebebasan. Oleh itu, kajian ini meneliti novel-novel karya Najib al-Kilani secara lebih dalam untuk mengenalpasti pelbagai gambaran kebebasan yang telah disampaikan di dalamnya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan untuk mengenal pasti isu-isu kebebasan yang dibincangkan oleh Najib al-Kilani di dalam karya-karyanya. Data yang diperoleh adalah melalui pendekatan kepustakaan iaitu dengan mengumpulkan literasi kepustakaan ataupun kesusasteraan seperti buku-buku, artikel, jurnal serta sumber-sumber berautoriti lainnya yang berhubungan dengan tema kajian. Semua data yang didapatkan akan dianalisis secara deskriptif. Kajian ini telah menganalisis tiga buah novel karya Najib al-Kilani yang berjudul al-Nida al-Khalid, Layali Turkistan dan cAzra’ Jakarta. Adapun hasil kajian daripada ketiga-tiga buah novel tersebut menunjukkan bahawa terdapat bermacam-macam gambaran kebebasan yang disampaikan al-Kilani. Antaranya, gambaran kebebasan hak sivil dan politik, kebebasan hak sosial dan budaya dan kebebasan untuk mendapatkan hak perdamaian dan pembangunan. Kepelbagaian gambaran kebebasan yang disampaikannya menunjukkan bahawa al-Kilani ialah salah seorang sasterawan yang sukses mengangkat persoalan semasa ke dalam karya-karyanya.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

10/16/2025

Issue

Section

Articles