PENGGUNAAN KONSONAN ṢĀD (ص), SĪN (س), DAN THĀ’ (ث) DALAM SISTEM TULISAN JAWI

THE USE OF CONCONANTS ṢĀD (ص), SĪN (س), AND THĀ’ (ث) IN JAWI WRITING SYSTEM

Authors

Keywords:

konsonan, ejaan Jawi, sebutan, sistem fonetik

Abstract

Dalam sistem ejaan Rumi, Konsonan ṣād (ص), sīn (س), tḥā’(ث) ditulis dengan [s] seperti perkataan solat, salji, sebab dan salah. Perkataan ini ditulis dalam ejaan Jawi berdasarkan sebutan yang betul seperti صالة, ثلجي dan سبب dan ساله . Penggunaan konsonan ṣād (ص), sīn (س), tḥā’ (ث) dalam sistem tulisan Jawi menjadi masalah kepada pengguna Melayu. Mereka tidak tahu membezakan penggunaan yang betul antara ṣād (ص), sīn (س), tḥā’(ث). Mereka mengeneralizasikan bunyi-bunyi tersebut dengan satu simbul sahaja dalam tulisan Rumi iaitu dengan simbul [s] tanpa pertimbangan sistem sebutan (phonetic) yang betul. Kertas kerja ini bertujuan menghurai sejauh mana pengguna ṣād (ص), sīn (س), tḥā’(ث) dapat dipraktis dengan betul dalam kalangan pelajar Melayu. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengemukakan cadangan perubahan kepada sistem tulisan Jawi yang diguna pakai sekarang ini agar ianya bersifat mesra pengguna. Kajian ini berbentuk kuantitatif dimana respondennya terdiri daripada 45 orang pelajar Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Kajian mendapati bahawa pelajar Melayu bermasalah menggunakan konsonan tersebut dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi serta perubahan sebutan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Ab. Halim Mohamad, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

06/18/2018

Issue

Section

Articles

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.