Pemikiran Akidah Abdul Shukor Husin

Authors

  • Kamarudin Salleh -- Author
  • Liyana Mustafa -- Author

Abstract

Abdul Shukor Husin merupakan salah seorang sarjana, ulama dan ahli akademik Malaysia yang berwibawa terutamanya dalam bidang kepakaran beliau iaitu akidah Islam. Beliau mendapat pengiktirafan oleh pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Abdul Shukor Husin merupakan ahli akademik yang sangat berjasa dalam bidang keilmuan dan pentadbiran serta menyumbangkan begitu banyak kepakaran dalam pelbagai disiplin khususnya akidah. (Muhammad Haji Alias, Zulkiple, Syahirah, Sapora Sipon & Hariza 2012:15).

Kertas kerja ringkas ini berusaha memperkenalkan dan membentangkan sedikit sebanyak biografi tokoh penting ini dan diikuti dengan perbincangan pemikiran akidah tokoh yang dikemukakan. Dalam konteks Malaysia tokoh yang dibicarakan ini juga banyak bergelumang dengan perkembangan dan perbahasan pemikiran akidah Islam dan banyak beruasaha menjadi “problem solver” kepada pertikaian yang berlaku.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

12/01/2022

Issue

Section

Articles