PERINGKAT PERKEMBANGAN AKHLAK MANUSIA MENURUT AL-QURAN
THE STAGES OF HUMAN MORAL DEVELOPMENT ACCORDING TO THE AL-QURAN
Keywords:
perkembangan akhlak, al-Quran, amalan pendidikanAbstract
Al-Quran sebagai sumber utama dalam Islam yang diturunkan kepada nabi Muhaamad SAW merupakan asas dan sumber pengkajian pelbagai ilmu yang lengkap dan syumul. Ilmu yang terkandung di dalam al-Quran meliputi segala aspek keperluan dan kehidupan manusia serta menjangkau keluasan ilmunya sejak penurunan al-Quran sehingga ke akhir zaman. Malah, begitu banyak ilmu-ilmu yang telah dan baru ditemui oleh manusia telah dibuktikan oleh al-Quran akan kebenarannya. Hakikatnya, selagi manusia mengkaji ilmu Allah SWT di dalam al-Quran, pasti akan mendapat kebenarannya dan ilmu Allah tidak akan berkurangan sedikitpun.Untuk tujuan kertas kerja ini, penulis akan mengetengahkan ilmu al-Quran berkaitan peringkat perkembangan akhlak manusia. Penulis turut mengutarakan kajian dan pendapat tokoh-tokoh terbilang Islam yang bersandarkan kepada dalil dalil al-Quran berkaitan dengan hal ini. Seterusnya, penulis turut memperlihatkan implikasi pengetahuan ini secara prinsip dalam amalan pendidikan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
12/18/2017
Issue
Section
Articles
License
Copyright (c) 2017 Asmawati Suhib, Fathiyah Mohd Fakhruddin, Abd Muhsin Ahmad

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Suhib, A., Mohd Fakhruddin, F., & Ahmad, A. M. (2017). PERINGKAT PERKEMBANGAN AKHLAK MANUSIA MENURUT AL-QURAN: THE STAGES OF HUMAN MORAL DEVELOPMENT ACCORDING TO THE AL-QURAN. JURNAL AL-ANWAR, 61-74. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/54
