Perkembangan Perkamusan Arab : Kitab Al-Ayn Karya Al-Khalil Bin Ahmad Al-Farahidi

Pengarang

  • Wan Amar Ikram Wan Abdullah -- Author
  • Hakim Zainal -- Author

Kata kunci:

Kitab al-Ayn, Al-Khalil bin Ahmad

Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan mengenai sejarah perkembangan permulaan penyusunan perkamusan Arab yang bermula pada zaman Abbasiyah pertama. Ilm Maa’jim atau leksikologi merupakan hasil ilham daripada sasterawan arab yang hebat iaitu al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi dalam menyusun semula kosa kata yang dikumpul oleh sarjana Arab terdahulu membentuk satu kitab dengan menggunakan kaedah yang diciptakan oleh beliau sendiri berdasarkan makharij al-huruf (tempat keluarnya huruf). Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menganalisis isi kandungan yang terdapat kitab-kitab dan buku rujukan yang berkaitan dengan sejarah permulaan penyusunan perkamusan Arab terutamanya metode taqlibat al-sawtiyyah yang mana metode ini adalah kaedah pertama yang digunakan dalam penghasilkan kamus Arab. Dapatan kajian mendapati bahawa al-Khalil merupakan seorang sarjana nahwu yang hebat, pelopor kepada ilmu penyusunan perkamusan Arab, pengasas kepada ilmu arudh dan tanda baca. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan karya pertamanya iaitu Kitab al-Ayn yang mana ianya menjadi sumber rujukan utama sasterawan Arab dalam penciptaan semula kaedah penyusunan perkamusan Arab baru yang lain.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Diterbitkan

2022-12-01

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Wan Abdullah, W. A. I., & Zainal, H. (2022). Perkembangan Perkamusan Arab : Kitab Al-Ayn Karya Al-Khalil Bin Ahmad Al-Farahidi. JURNAL AL-ANWAR, 11(2), 57-70. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/5