PROSES MURABATAH AL-NAFS MENURUT PERSPEKTIF AL-GHAZALI BAGI MEMBANGUNKAN INDIVIDU SEIMBANG DAN HOLISTIK
PROCESS OF MURABATAH AL-NAFS ACCORDING TO AL-GHAZALI IN DEVELOPING BALANCED AND HOLISTIC INDIVIDUAL
Keywords:
murabatah al-nafs, muhasabah, muraqabah, individu seimbang, holistikAbstract
Jiwa ialah unsur penting pada diri insan. Jiwa biasa dirujuk sebagai elemen spiritual yang melengkapi elemen fizikal insan. Al-Ghazali adalah antara tokoh yang banyak membicarakan soal jiwa dan proses membangunkan jiwa insan. Kertas ini memberi fokus kepada proses murabatah al-nafs atau pemantapan jiwa yang dikemukakan oleh al Ghazali bagi memastikan pembinaan peribadi yang holistik. Proses pemantapan jiwa diperlukan agar jiwa insan mampu diangkat tinggi hingga meraih jiwa yang tenang atau mutmainnah. Proses pemantapan jiwa meliputi enam peringkat. Enam peringkat tersebut ialah peringkat musyaratah, muraqabah, muhasabah, mu`aqabah, mujahadah dan mu`atabah. Musyaratah ialah peringkat individu menentukan azam dan matlamat yang ingin dicapai oleh dirinya. Muraqabah ialah proses yang meliputi individu merasakan pemerhatian Allah terhadap dirinya. Seterusnya peringkat muhasabah ialah individu melaksanakan penilaian terhadap apa yang akan dan telah dilakukan. Setelah melakukan penilaian, individu disarankan agar melakukan mu`aqabah iaitu menghukum diri sendiri atas kekurangan amalan dan kesalahan yang dilakukan. Peringkat yang selanjutnya ialah mujahadah. Mujahadah merujuk kepada kesungguhan individu melaksanakan kebaikan dan sekaligus menghindari dosa. Peringkat terakhir dalam proses murabatah al-nafs ialah mu`atabah. Mu`atabah merujuk kepada proses individu mengingatkan dirinya serta mencela atas dosa yang dilakukan. Kesimpulannya keenam-enam peringkat dalam proses murabatah al-nafs atau pemantapan jiwa boleh berperanan sebagai mekanisme yang efektif bagi membentuk individu yang seimbang dan holistik. Proses ini boleh diaplikasi dalam pendidikan formal di sekolah atau pendidikan informal di rumah.Downloads
Download data is not yet available.
