PRAKTIS DAKWAH OLEH ORGANISASI DAKWAH KERAJAAN DAN BADAN DAKWAH BUKAN KERAJAAN TERHADAP ETNIK PENAN DI BINTULU SARAWAK

PREACHING PRACTICAL BY GOVERNMENT ORGANIZATIONS PREACHING AND NON-GOVERNMENTAL ORGANIZATIONS AMONG PENAN ETHNIC IN BINTULU SARAWAK

Authors

Keywords:

Organisasi Dakwah, Penan, Bintulu, Pendekatan, Permasalahan

Abstract

Kertas kerja ini adalah berkaitan praktis dakwah organisasi dakwah kerajaan dan badan dakwah bukan kerajaan (NGO) terhadap etnik Penan di Bintulu Sarawak. Tujuan artikel ini pertama, mengkaji pendekatan dakwah oleh badan-badan dakwah yang terlibat secara langsung di Bahagian Bintulu dan Kuching. Kedua, menganalis pendekatan dakwah yang dipraktikkan. Ketiga, mengenalpasti permasalahan, reaksi dan keberkesanan pendekatan dakwah. Keempat, memberi cadangan yang sesuai kepada organisasi dakwah dalam mendekati etnik Penan khususnya dan etnik lain di Serawak. Kajian ini berbentuk kepustakaan dan lapangan. Kajian kepustakaan dijalankan untuk melihat perkembangan Islam di Bintulu dan Sarawak dan organisasi dakwah yang terlibat. Melalui kajian lapangan pengkaji menggunakan borang soal selidik, pemerhatian, kunjungan ke lokasi kajian dan temubual bersama kader-kader dakwah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan mereka tentang aspek pendakwahan berada pada tahap yang tinggi, badan-badan dakwah berjaya mendekati saudara baru dengan kaedah dan pendekatan pelbagai. Manakala Dalam aspek metodologi dakwah dapat diklasifikasikan kepada dakwah umum, dakwah alternatif dan dakwah moden berdasarkan kesesuaian sasaran. Kajian juga menunjukkan bahawa para pendakwah dan organisasi dakwah berjaya melaksanakan tugas dakwah dengan baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

12/19/2016

Issue

Section

Articles