KESAN TEKS BACAAN TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR BAHASA ARAB DI UITM

EFFECT OF READING TEXT IN LEARNING ARABIC AMONG ARABIC STUDENTS IN UITM

Authors

  • Ibrahim Abdullah -- Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Ab. Halim Mohamad -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml

Keywords:

kesan, teks bacaan Arab, pembelajaran bahasa, minat, pengalaman pelajar

Abstract

Pemilihan teks yang sesuai dengan pengalaman pelajar merupakan asas yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran Bahasa. Teks yang susah akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari bahasa tertentu, sebaliknya teks yang mudah difahami akan membantu pelajar menguasai bahasa dan meningkatkan minat mereka. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejauh mana teks bacaan mudah yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar yang sedia ada dapat memberi kesan kepada minat mereka dalam mempelajari Bahasa Arab. Kajian ini dijalankan ke atas 50 orang pelajar yang telah mengikuti kursus Bahasa Arab pada peringkat permulaan. Kajian menggunakan dua teks bahasa Arab yang berbeza, pertama teks bahasa Arab yang mengandungi 50% jumlah perkataan pinjaman Arab dalam bahasa Melayu seperti ustaz, madrasah, kitab, kalam, dan sebagainya. Kedua, teks Bahasa Arab yang tidak mengandungi kata pinjaman Arab yang diMelayukan. Pelajar diminta membaca dan memahami maksud teks kemudian menjawab soal selidik yang disertakan. Hasil kajian mendapati bahawa mereka boleh membaca teks pertama dan dapat menjawab soalan dengan agak baik. Sebaliknya mereka didapati lemah membaca teks kedua dan gagal menjawab soalan yang kemukakan. Kajian ini membuktikan juga bahawa pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Ibrahim Abdullah, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
    Jabatan Bahasa Arab Akademik Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA, Shah Alam
  • Ab. Halim Mohamad, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

12/19/2016

Issue

Section

Articles