IMPLIKASI PERUBAHAN EJAAN KATA PINJAMAN ARAB DALAM SISTEM TULISAN JAWI TERHADAP PELAJAR

IMPLICATIONS OF CHANGES IN ARAB LOANWORDS SPELLING IN THE JAWI WRITING SYSTEM AMONG STUDENTS

Authors

  • Mohd Zulkifli Mohd Saman @ Shuhaimi -- SMK Syed Ahmad
  • Ab. Halim Mohamad -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Radiah Mezah -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml

Keywords:

bahasa, arab, tulisan, jawi, kata pinjaman, perbezaan, perubahan, ejaan

Abstract

Perbezaan ejaan kata pinjaman Arab dalam sistem tulisan Arab dan sistem tulisan Jawi mencetuskan kekeliruan kepada pelajar. Hal ini terjadi, kerana kedua-dua sistem tulisan ini berkongsi aksara yang sama tetapi menggunakan sistem tulisan yang berbeza. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menulis perkataan Arab dengan tepat khususnya yang melibatkan kata pinjaman dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Ia juga dilaksanakan untuk menilai tahap pencapaian pelajar pada menulis perkataan Arab yang dimelayukan serta mengenal pasti bentuk-bentuk kesalahan yang dilakukan. Kajian berbentuk lapangan ini melibatkan 100 pelajar yang terdiri daripada tingkatan dua dan tiga sebagai sampel kajian dengan menggunakan instrumen bahan ujian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar pada menulis kata pinjaman Arab adalah sangat lemah. Sebahagian daripada mereka gagal menulis perkataan tersebut dengan tepat disebabkan pengaruh tulisan Jawi yang sangat kuat. Pelbagai bentuk kesalahan dilakukan sama ada penambahan, pengguguran atau penggantian huruf.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mohd Zulkifli Mohd Saman @ Shuhaimi, SMK Syed Ahmad

    SMK Syed Ahmad, Perlis

  • Ab. Halim Mohamad, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Radiah Mezah, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Downloads

Published

12/19/2016

Issue

Section

Articles