PENILAIAN KEBOLEHBACAAN TEKS ARAB MENERUSI UJIAN KLOZ BERASASKAN APLIKASI KOMPUTER

ASSESSMENT READABILITY OF ARAB TEXT THROUGH TEST KLOZ BASED ON COMPUTER APPLICATIONS

Authors

  • Muhammad Haron Husaini -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Abdul Razif Zaini -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Ab. Halim Mohamad -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Khairil Ashraf Elias -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Keywords:

kebolehbacaan, teks, ujian kloz, aplikasi computer

Abstract

Kajian kebolehbacaan bukan sahaja menjadi topik perbincangan dan diaplikasikan oleh para ilmuan dan ahli akademik barat, malah ia menjadi keperluan yang digunakan oleh para penulis buku, pustakawan dan guru-guru sekolah. Dalam konteks bahan bacaan bahasa Arab secara am dan di Malaysia khususnya tahap penggunaan teori kebolehbacaan masih kurang popular. Bagi membolehkan sesebuah teks berperanan secara optimum, aspek kebolehbacaan perlu menjadi perhatian sebelum ia dipersembahkan kepada kelompok sasaran. Ujian kloz merupakan salah satu mekanisme yang mampu memberikan kemudahan kepada penggubal dalam menentukan tahap kebolehbacaan teks dan kesesuaiannya. Kajian ini bermatlamat untuk memberi pendedahan terhadap reka bentuk pembinaan satu aplikasi komputer yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kebolehbacaan teks Arab berasaskan ujian kloz. Aplikasi ini dijangka dapat membantu pengguna dalam penyediaan ujian kloz bermula daripada proses pemilihan teks, penentuan saiz teks, penyaringan teks, pembangunan item, cadangan pilihan jawapan sehingga kepada penjanaan ujian sebagai output terakhir dalam masa yang singkat tanpa mengabaikan elemen-elemen linguistik penting.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Muhammad Haron Husaini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    Pensyarah Kanan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Abdul Razif Zaini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    Pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Ab. Halim Mohamad, Universiti Putra Malaysia
    Prof. Madya Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Khairil Ashraf Elias, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    Pensyarah Fakulti Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Downloads

Published

06/25/2016

Issue

Section

Articles