IMPLIKASI PERUBAHAN EJAAN KATA PINJAMAN ARAB DALAM SISTEM TULISAN JAWI TERHADAP PELAJAR
IMPLICATIONS OF CHANGES IN ARAB LOANWORDS SPELLING IN THE JAWI WRITING SYSTEM AMONG STUDENTS
Kata kunci:
bahasa, arab, tulisan, jawi, kata pinjaman, perbezaan, perubahan, ejaanAbstrak
Perbezaan ejaan kata pinjaman Arab dalam sistem tulisan Arab dan sistem tulisan Jawi mencetuskan kekeliruan kepada pelajar. Hal ini terjadi, kerana kedua-dua sistem tulisan ini berkongsi aksara yang sama tetapi menggunakan sistem tulisan yang berbeza. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menulis perkataan Arab dengan tepat khususnya yang melibatkan kata pinjaman dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Ia juga dilaksanakan untuk menilai tahap pencapaian pelajar pada menulis perkataan Arab yang dimelayukan serta mengenal pasti bentuk-bentuk kesalahan yang dilakukan. Kajian berbentuk lapangan ini melibatkan 100 pelajar yang terdiri daripada tingkatan dua dan tiga sebagai sampel kajian dengan menggunakan instrumen bahan ujian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar pada menulis kata pinjaman Arab adalah sangat lemah. Sebahagian daripada mereka gagal menulis perkataan tersebut dengan tepat disebabkan pengaruh tulisan Jawi yang sangat kuat. Pelbagai bentuk kesalahan dilakukan sama ada penambahan, pengguguran atau penggantian huruf.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2016-12-19
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2016 Mohd Zulkifli Mohd Saman @ Shuhaimi, Ab. Halim Mohamad, Radiah Mezah

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Mohd Saman @ Shuhaimi, M. Z., Mohamad, A. H., & Mezah, R. (2016). IMPLIKASI PERUBAHAN EJAAN KATA PINJAMAN ARAB DALAM SISTEM TULISAN JAWI TERHADAP PELAJAR: IMPLICATIONS OF CHANGES IN ARAB LOANWORDS SPELLING IN THE JAWI WRITING SYSTEM AMONG STUDENTS. JURNAL AL-ANWAR, 23-47. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/31
