PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI
USE OF VOWEL ALIF IN THE FINAL OPENED SYLLABLE OF WORDS IN JAWI WRITING SYSTEM
Keywords:
vokal, ejaan Jawi, suku kata, fonetikAbstract
Penggunaan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi agak bercelaru dan tidak mempunyai peraturan yang tetap. Upamanya dalam ejaan ساي [sa.ya], بوك [bu.ka] dan ترداي [ter.da.ya] didapati bahawa vokal alif digugurkan pada suku kata akhir perkatan. Manakala ejaan بوايا [bua.ya], بودايا [bu.da.ya], لوڤا [lu.pa] dan lain-lain dimasukkan vokal alif pada suku kata akhir perkataan. Kajian ini cuba menganalisis dan menghurai permasalahan pengguaan vokal alif ini pada suku kata akhir perkataan berdasarkan kaedah fonetik. Ia juga bertujuan untuk melihat masalah penggunaan vokal alif ini dalam kalangan pelajar UPM. Kajian ini menggabungkan kaedah teoritikal dan kuantitatif. Dalam kajian teoritikal, pengkaji menerapkan teori fonetik dan fonologi untuk menghurai dan membentuk teori penulisan Jawi yang lebih tersusun. Manakala kaedah kuantitatif pula, pengkaji menggunakan sampel pelajar Jabatan Bahasa Asing (Arab) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk melihat tahap keupayaan dalam penggunaan vokal alif pada suku kata akhir dalam penulisan perkataan Jawi. Kajian mendapati bahawa pelajar bermasalah menggunakan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
12/18/2017
Issue
Section
Articles
License
Copyright (c) 2017 Ab. Halim Mohamad

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Mohamad, A. H. (2017). PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI: USE OF VOWEL ALIF IN THE FINAL OPENED SYLLABLE OF WORDS IN JAWI WRITING SYSTEM. JURNAL AL-ANWAR, 47-59. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/53
