Analisis Simbol terhadap Terjemahan Sajak "Di Hadapan Al-Quran" Karya Kemala ke dalam Bahasa Arab

Symbol Analysis on Translation Of Poems “Di Hadapan Al-Quran” Kemala’s Work in Arabic

المؤلفون

الكلمات المفتاحية:

Analisis simbol، terjemahan sajak، Kemala، bahasa Melayu، bahasa Arab

الملخص

Karya sastera seperti novel, hikayat, cerpen, prosa dan puisi dapat diperluas hingga ke peringkat antarabangsa dengan menterjemah- kannya ke dalam bahasa asing. Walaupun cara ini memberi impak besar kepada Malaysia, tetapi kajiannya masih pada tahap yang rendah. Malah genre sajak paling sukar untuk diterjemahkan. Hal ini disebabkan sajak itu sendiri sarat dengan bahasa kiasan dan sangat berkait rapat dengan penggunaan simbol sehinggalah kajian sajak sering diketepikan. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk (a) menganalisis makna sebenar simbol dalam sajak Di Hadapan al-Quran yang digunakan oleh Kemala, (b) menilai kaedah penterjemahan simbol terhadap terjemahan sajak Di Hadapan al-Quran ke dalam bahasa Arab dan (c) mengesyorkan cadangan terjemahan baru jika makna simbol terhadap terjemahan sajak Di Hadapan al-Quran ke dalam bahasa Arab tidak sepadan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan mengaplikasikan teori relevan untuk menganalisis data. Pemilihan sajak Di Hadapan al-Quran sebagai pensampelan bertujuan. Pengumpulan data terdiri daripada data primer dan sekunder. Dua data primer daripada terjemahan sajak dan data sekunder. Data dikodkan mengikut susunan sajak dan rangkap. Hasil kajian menunjukkan bahawa terjemahan dilakukan secara mudah dan senang difahami oleh pembaca sasaran dan penggunaan teknik penterjemahan simbol didapati sesuai tanpa mengubah makna sebenar. Cadangan kajian akan datang agar dilihat daripada aspek yang sama tetapi sajak yang lain.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

السير الشخصية للمؤلفين

  • Ijlal Saja @ Mearaj، National University of Malaysia

    Pusat Kajian Bahasa Arab Dan Tamadun Islam
    Fakulti Pengajian Islam
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM Bangi, Selangor

  • Maheram Ahmad، National University of Malaysia

    Pusat Kajian Bahasa Arab Dan Tamadun Islam
    Fakulti Pengajian Islam
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM Bangi, Selangor

  • Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad، National University of Malaysia

    Pusat Kajian Bahasa Arab Dan Tamadun Islam
    Fakulti Pengajian Islam
    Universiti Kebangsaan Malaysia
    43600 UKM Bangi, Selangor

التنزيلات

منشور

2020-06-22

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Saja @ Mearaj, I., Ahmad, M., & Zailani @ Hj. Ahmad, S. (2020). Analisis Simbol terhadap Terjemahan Sajak "Di Hadapan Al-Quran" Karya Kemala ke dalam Bahasa Arab: Symbol Analysis on Translation Of Poems “Di Hadapan Al-Quran” Kemala’s Work in Arabic. JURNAL AL-ANWAR, 1-22. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/93