MAQAMAT KESUFIAN DALAM SYAIR HAMZAH FANSURI

MAQAMAT OF SUFISM IN THE POETIC OF HAMZAH FANSURI

المؤلفون

الكلمات المفتاحية:

Maqamat، kesufian، ajaran، syair، Hamzah Fansuri

الملخص

Al-Qusyayri dalam bukunya yang berjudul al-Risalah al-Qusyayriyyah telah menjelaskan sebanyak empat puluh sembilan (49) Maqamat kesufian secara terperinci. Antaranya ialah, taubat, mujahadah, zuhud, takut, tawakkal, muraqabah, ‘ubudiyyah, istiqamah, zikir, doa, tauhid, mahabbah, sawq. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana konsep kedudukan (maqamat) kesufian telah diterapkan oleh Hamzah Fansuri dalam syair kesufiannya. Hamzah Fansuri yang dianggap penyair sufi yang tersohor di Nusantara abad ke-16 ini telah menggunakan syair sebagai salah satu kaedah untuk menyampai ajaran agama Islam dan maqamat kesufian. Teks syair Hamzah Fansuri yang digunakan dalam kajian ini ialah Lampiran (I) Syair-Syair Syeikh Hamzah Fansuri Dalam Naskhah Jakarta MS Jak. Mal. No. 83, dan Lampiran (II) Bait-Bait Hamzah Fansuri dalam buku ”Tasawuf Yang Tertindas” tulisan Abdul Hadi Wiji Muthari, terbitan Paramadina, Jakarta, 2001. Hasil kajian mendapati bahawa syair-syair Hamzah penuh dengan maqamat kesufian seperti taubat, zuhud, meninggalkan syahwat tawakal, murah hati, takut, khusuk dan tawaduk, cinta dan sebagainya. Kesemua maqamat yang diterapkan itu merupakan ajaran syariat Islam dan Sunnah Nabi (S.A.W) yang diperlukan dalam ajaran kesufian.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

السير الشخصية للمؤلفين

  • Ab. Halim Mohamad، Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Omran Hassan @ Hussin، Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

التنزيلات

منشور

2016-12-19

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Mohamad, A. H., & Hassan @ Hussin, O. (2016). MAQAMAT KESUFIAN DALAM SYAIR HAMZAH FANSURI: MAQAMAT OF SUFISM IN THE POETIC OF HAMZAH FANSURI. JURNAL AL-ANWAR, 49-72. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/32