MINAT DAN SIKAP PELAJAR BACELOR BAHASA ARAB DI IPTA MALAYSIA TERHADAP BAHASA ARAB
INTEREST AND ATTITUDE OF BACHELOR’S ARABIC STUDENTS IN PUBLIC INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING IN MALAYSIA TOWARD ARABIC
Kata kunci:
sikap, minat, pembelajaran bahasa, kemahiran bahasa, bacelor bahasa ArabAbstrak
Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan antara minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab terhadap bahasa Arab serta cuba memaparkan sikap dan usaha mereka untuk mempertingkatkan kecekapan bahasa Arab. Responden kajian ini terdiri daripada 130 orang pelajar yang mengambil pengkhususan B.A Bahasa Arab di IPTA seperti UPM, UIAM, UKM, UM dan USIM. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab, tetapi mereka tidak menunjukkan keselarian antara sikap dan minat. Mereka kurang membaca akhbar Arab, cerpen, dan novel. Mereka juga kurang mendengar berita Arab, dan mengakses maklumat Arab melalui internet. Kajian juga mendapati bahawa responden sangat jarang menulis surat kepada pensyarah tentang sebab-sebab ketidakhadiran kuliah mereka dalam bahasa Arab. Majoriti responden juga kurang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajar Arab (penutur asli).Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2016-06-25
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2016 Ab. Halim Mohamad, Wan Muhamad Wan Sulong

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Mohamad, A. H., & Wan Sulong, W. M. (2016). MINAT DAN SIKAP PELAJAR BACELOR BAHASA ARAB DI IPTA MALAYSIA TERHADAP BAHASA ARAB: INTEREST AND ATTITUDE OF BACHELOR’S ARABIC STUDENTS IN PUBLIC INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING IN MALAYSIA TOWARD ARABIC. JURNAL AL-ANWAR, 21-37. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/17
