Kaedah I– Aqrān untuk Pengukuhan Pembelajaran Kosa Kata Arab
The I-Aqrān Method To Enhance Vocabulary Learning
Kata kunci:
Multimedia Interaktif, Pembelajaran Interaktif, Rakan Sebaya, Kosa Kata ArabAbstrak
Bagi memastikan proses pembelajaran berlangsung dengan lebih kondusif dan sesuai dengan keperluan pembelajaran Abad Ke-21 (PAK -21), sedikit perubahan pedagogi pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu dilaksanakan. Para tenaga pengajar perluberusaha mengejar zaman teknologi yang penuh dengan cabaran seiring dengan transformasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Kajian ini akan membincangkan penggunaan kaedah i – Aqrān merupakan satu pembelajaran interaktif dalam pembelajaran kosa kata Arab. Kaedah i–Aqrān melibatkan kaedah pembelajaran kosa kata arab berbantukan rakan sebaya (Aqrān) menerusi penggunaan multimedia interaktif (i). Pembelajaran interaktif memberi penekanan kepada interaksi dua hala dalam proses pembelajaran konvensional ataupun antara pelajar dengan sistem dalam pembelajaran berbantukan komputer (bahan media). Manakala multimedia merujuk kepada sebarang atau aplikasi interaktif komputer yang disepadukan yang mengintegrasikan teks, warna, imej grafik, animasi, bunyi audio dan video gerakan penuh. Sistem pembelajaran multimedia menawarkan kaedah yang lebih baik untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang pelbagai bahasa. Model-model yang digunakan ialah Model Pembelajaran Interaktif, Model Pemprosesan Maklumat oleh Mayer (2005) dan Model Pengukuhan Kosa Kata Schmitt (1997). Di samping itu, terdapat empat elemen penting yang perlu dalam pembelajaran kosa kata melalui kaedah ini adalah kuantiti, durasi, intruksi dan kaedah. Justeru itu, tenaga pengajar perlu memastikan kaedah yang diimplimentasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesuai dan seiring dengan keperluan pada abad ini. Perkara ini penting untuk menarik minat dan meningkatkan penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar.
Muat turun
Rujukan
Abdul Razif Zaini, Khirulnizam Abdul Rahman &Muhammad Haron Husaini. 2016. Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Berbantukan Aplikasi.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016). Shah Alam 10th May 2016.
Adeniyi, Olowoyeye & Onuoha. 2016. The Effects of Interactive Multimedia on English Language Pronunciation Performance of Pulils in the
Nigerian Primary Schools. Research on Humanities and Social Sciences. ISSN (Paper)2224-5766 ISSN (Online)2225-0484 (Online). Vol.6, No.9, 2016.
Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad.2017. Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke
21. Seminar Serantau 2017.
Mohamad Bilal Ali, Danakorn Nincarean Eh Phon & Noor Hidayah Che Lah. 2013. Multimedia Berasaskan Animasi bagi Pembelajaran Subtopik
Isihan. Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (Bab 15).
Mohd Firdaus Yahayaa, Muhammad Sabri Sahrirb &Mohd Shahrizal Nasira. 2013. Pembangunan Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif
Pembelajaran Maya Bahasa Arab bagi Pelajar Sekolah Rendah Malaysia. Jurnal Teknologi. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Mohd Zaki Ismail. Kaseh Abu Bakar. Nik Farhan Nik Mustapha & Nurazan M. Rouyan. 2016. Penggunaan Strategi Pembelajaran Kosa Kata
Bahasa Arab pada Kalangan Pelajar Cemerlang. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 31, 47–68, 2016.
Mohd Zaki Ismail & Kaseh Abu Bakar. 2016. Strategi Pembelajaran Kosa Kata Berimbuhan Bahasa Arab. Malaysian Journal of Learning and
Instruction: Vol. 13 (2016): 113-133.
Noor Anida Awang, Rahimah Embong, Zaiton Mustafa,Azhar Yaacob. 2014. Strategi Pembelajaran Bersama Rakan Sebaya Untuk Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Bukan Penutur Jati Di Unisza. Prosiding Seminar Pengajaran &
Pembelajaran Bahasa Arab 2014. ISBN 978-967-5478-78-9.
Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah & Harun Baharudin. 2017. Strategi Kognitif dalam Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 6, Issue 1 (2017) 41-51. ISSN: 2462-1951.
Nurkaliza Khalid, Hailruddin Jaafar & Rafiza Kasbun. 2015. Model Pembelajaran Aplikasi Android “Jamak Qasar Apps” Berasaskan Elemen Multimedia. Proceeding of IC-ITS 2015 e-ISBN:978-967- 0850-07-8 International Conference on Information Technology & Society 8-9 June 2015, Kuala Lumpur: Malaysia.
Rafiza Abdul Razak & Maryam Abdul Rahman. 2013. Pembinaan Media Pengajaran Berasaskan Multimedia Di Kalangan Guru Ictl. JuKu:
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - April 2013, Bil. 1, Isu 2.
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2020 Mohd Fadzli Ismail , Harun Baharudin, Nik Mohd Rahimi

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
