MAKNA WAW ‘AṬF DALAM SURAH AL-RŪM
THE MEANING OF THE WAW ‘AṬF IN SURAH AL-RŪM
Kata kunci:
nahu, waw ‘aṭf, petanda dan makna, surah al-RūmAbstrak
Kajian ini merupakan kajian teks yang memfokuskan kepada penggunaan waw ‘aṭf dalam surah al-Rūm. Kajian ini bertujuan untuk melihat petanda dan makna waw ‘aṭf dalam ayat berkaitan. Dalam melakukan analisis, enam ayat yang dipetik daripada surah al-Rūm diambil sebagai bahan kajian. Fokus kajian ialah petanda dan makna waw ‘aṭf yang terdapat dalam ayat kajian. Dalam melakukan kajian ini teori Ibn Qayyim (t.t) dan teori Ibn Hisyām (2013) digunakan. Kajian mendapati waw ‘aṭf kaya dengan makna dengan pelbagai petanda maknanya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa waw ‘aṭf dalam ayat kajian sebahagiannya digunakan dengan makna turutan, sebahagiannya dengan makna turutan berlawan dan ada juga yang digunakan dengan makna bersama.
Muat turun
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Hak Cipta (c) 2025 Muhammad Hakim Kamal, Mohamad Hussin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
