ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK DALAM PROFESION PERGURUAN DAN CABARAN PENDIDIK MASA KINI
ETHICS, RESPONSIBILITY AND UPCOMING CHALLENGE IN TEACHING PROFESSIONS
Kata kunci:
Pendidik, Profesion perguruan, Nilai-nilai Islam, etikaAbstrak
Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga merupakan saluran untuk murid mewujudkan pemikiran yang kritis dan kreatif bagi membentuk jati diri yang sempurna agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang, Kementerian Pendidikan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan memastikan semua guru menjalani pelbagai kemahiran dan latihan yang sesuai mengikut arus globasisai masa kini.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2018-12-17
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2018 Nurlina Mohd Puad, Mohd Daud Awang, Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Mohd Puad, N., Awang, M. D., & Mohd Yusoff, A. N. (2018). ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIK DALAM PROFESION PERGURUAN DAN CABARAN PENDIDIK MASA KINI: ETHICS, RESPONSIBILITY AND UPCOMING CHALLENGE IN TEACHING PROFESSIONS. JURNAL AL-ANWAR, 43-52. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/72
