PENGGUNAAN TEKNIK KOLABORATIF DALAM PENGAJARAN MODUL KHATAM AL-QURAN J-QAF

THE USE OF COLLABORATIVE TECHNIQUES IN TEACHING MODULE OF KHATAM AL-QURAN J-QAF

Pengarang

Kata kunci:

Program j-QAF, pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran, teknik kolaboratif

Abstrak

Program j-QAF merupakan inovasi yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memantap dan memperkukuhkan ilmu dan kemahiran murid sekolah dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Program ini telah mula dilaksanakan pada 2005 dan telah pun lengkap satu pusingan. J-QAF meliputi pengajaran dan pembelajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ‘ain khususnya solat. Modul Khatam al-Quran yang merupakan salah satu modul yang terdapat dalam program j-QAF adalah inti pati yang amat penting dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah menerusi bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Memandangkan ‘semua murid diharapkan dapat khatam al-Quran pada tahun enam’ merupakan objektif yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, maka teknik kolaborasi dilihat sebagai satu teknik yang amat memainkan peranan bagi menjayakan semua murid mampu membaca al-Quran sehingga khatam. Oleh itu, artikel ini bertujuan membincangkan pelaksanaan strategi pengajaran Asuhan Tilawah al-Quran secara kolaboratif yang sewajarnya dilaksanakan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF. Selain itu dibincangkan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pengajaran ini, kelebihan dan cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran seterusnya melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membaca al- Quran dengan baik dan fasih.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Siti Faizah Said, Kementerian Pendidikan Malaysia
    Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Asmawati Suhid, Universiti Putra Malaysia
    Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
  • Fathiyah Mohd Fakhruddin, Universiti Putra Malaysia
    Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia
  • Othman Talib, Universiti Putra Malaysia
    Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

Muat turun

Diterbitkan

2018-06-18

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Said, S. F., Suhid, A., Mohd Fakhruddin, F., & Talib, O. (2018). PENGGUNAAN TEKNIK KOLABORATIF DALAM PENGAJARAN MODUL KHATAM AL-QURAN J-QAF: THE USE OF COLLABORATIVE TECHNIQUES IN TEACHING MODULE OF KHATAM AL-QURAN J-QAF. JURNAL AL-ANWAR, 49-64. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/64