PENGKONSEPSIAN MAKNA TAGHUT DARI PERSPEKTIF AL-QURAN
CONCEPTUALIZATION OF TAGHUT FROM QURANIC PERSPECTIVE
Kata kunci:
taghut, tafsir, istilah al-Quran, unsur persamaan maknaAbstrak
Terdapat pelbagai kosa kata yang diperkenalkan al-Quran kepada bangsa Arab. Salah satunya ialah lafaz taghut. Pelbagai tafsiran dan simbolik digunakan untuk mengkonsepsikan lafaz tersebut. Kecairan yang tinggi pada lafaz taghut menyebabkan tafsiran dan simbolik tersebut berubah sejajar dengan peredaran zaman. Justeru kajian ini bermatlamat untuk meneliti unsur persamaan yang wujud pada setiap tamsilan taghut bagi mengeluarkan konsep sebenar yang dibawa oleh ungkapan taghut. Metodologi kajian ini ialah penggunaan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan penelitian terhadap pemerian makna taghut yang terdapat dalam kitab kitab tafsir. Kajian mendapati entiti yang layak digelar sebagai taghut hanyalah entiti yang diagungkan dan dipertuhankan selain Allah. Selain itu, pengaruh yang terhasil daripada taghut turut mempersepsi konsep taghut. Pemahaman mengenai konsepsi taghut ini dapat menolak tafsiran yang salah tentang taghut dan mengelakkan berlaku penyelewengan dalam penggunaan istilah taghut.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2017-06-19
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2017 Rasyad Afif Ibrahim, Muhd Najib Abdul Kadir, Haziyah Hussin

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Ibrahim, R. A., Abdul Kadir, M. N., & Hussin, H. (2017). PENGKONSEPSIAN MAKNA TAGHUT DARI PERSPEKTIF AL-QURAN: CONCEPTUALIZATION OF TAGHUT FROM QURANIC PERSPECTIVE. JURNAL AL-ANWAR, 81-102. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/45
