AMALAN BERAGAMA DALAM KALANGAN KOMUNITI PENAN BINTULU SARAWAK
RELIGIOUS PRACTICES AMONG COMMUNITY PENAN BINTULU SARAWAK
Kata kunci:
amalan, beragama, komuniti Penan, Bintulu, Sarawak, NGOAbstrak
Kajian ini dilakukan bertujuan menyingkap aspek penerimaan, kefahaman dan penghayatan Islam masyarakat Penan Bahagian Bintulu Sarawak, mengkaji sejauhmana peranan yang dimainkan oleh badan-badan dakwah kerajaan dan NGO Bahagian Bintulu dalam usaha menarik masyarakat pribumi Sarawak kepada Islam. Kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam memperolehi data dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan lapangan. Kaedah tinjauan turut digunakan di lokasi perkampungan masyarakat Penan Bintulu Sarawak termasuk pemerhatian dan temu bual bersama Timbalan Residen Bahagian Bintulu, dan pihak berkaitan dengan urusan perjalanan dakwah dalam organisasi dakwah kerajaan dan NGO. Untuk tujuan ini seramai 304 orang iaitu 170 lelaki (55.9 %) dan 134 perempuan (44.1 %) telah dijadikan responden Hasil kajian mendapati peningkatan peratusan dalam aspek kefahaman terhadap rukun iman, rukun Islam dan amal ibadah lain, begitu juga dengan persepsi masyarakat Penan Bukan Islam terhadap masyarakat Penan yang memeluk Islam (136 responden) dan proses interaksi yang terjalin sesama masyarakat dan penambahbaikan yang perlu, sesuai dengan perkembangan zaman berkaitan aspek penghayatan ajaran Islam serta peranan badan-badan dakwah. Penemuan ini amat bermanfaat kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam urusan keagamaan seperti badan-badan dakwah kerajaan dan badan NGO, penyelidik dan para pendakwah. Diharapkan pada masa hadapan penyelidikan ini akan diteruskan oleh pengkaji lain untuk mengenalpasti masyarakat pribumi lain di bahagian –bahagian lain di Sarawak yang berminat dengan Islam serta kajian berkaitan misi Kristianisasi yang bergerak aktif di kawasan pedalaman bahagian-bahagian Sarawak.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2017-06-19
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2017 Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Mohd Yusoff, A. N. (2017). AMALAN BERAGAMA DALAM KALANGAN KOMUNITI PENAN BINTULU SARAWAK: RELIGIOUS PRACTICES AMONG COMMUNITY PENAN BINTULU SARAWAK. JURNAL AL-ANWAR, 1-19. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/40
