PENGAJARAN BAHASA UNTUK TUJUAN KOMUNIKASI
TEACHING LANGUAGE FOR COMMUNICATION PURPOSES
Kata kunci:
pengajaran bahasa, tujuan komunikasi, laras bahasa, aktiviti pengajaran, buku teksAbstrak
Antara masalah dalam pengajaran bahasa untuk tujuan komunikasi
ialah ketiadaan buku teks yang memenuhi ciri-ciri sebuah buku teks
komunikasi sebenar yang boleh membantu pelajar mempertingkatkan
kemahiran komunikasi. Buku teks komunikasi yang baik sentiasa
menekankan bentuk laras bahasa komunikasi dan diajar dalam konteks
komunikasi melalui aktiviti yang sesuai dengan kehidupan dan
kehendak pelajar. Buku teks bahasa Arab komunikasi yang baik
sentiasa menekankan kecekapan asas kemahiran komunikasi, tujuan
kemunikasi, tajuk komunikasi, tempat komunikasi, laras bahasa
komunikasi, dan bentuk aktiviti komunikasi. Kertas kerja ini bertujuan
untuk menghuraikan aspek dan tujuan komunikasi, laras bahasa
komunikasi dan bentuk aktiviti komunikasi yang perlu ditekankan
dalam pengajaran bahasa untuk tujuan komunikasi. Kajian ini diharap
dapat dimanfaatkan oleh penggubal kurikulum dan penyusun buku teks
dalam usaha yang berterusan untuk melahirkan sebuah buku
pengajaran bahasa komunikasi yang lebih mantap dan berkesan.

