PENERAPAN ELEMEN KEROHANIAN DALAM PROGRAM PENJAGAAN KEBERSIHAN SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

IMPLEMENTATION OF SPIRITUAL ELEMANTS IN CLEANLINESS CARE PROGRAME AT SECONDARY SCHOOL IN STATE OF SELANGOR

Pengarang

Kata kunci:

penerapan, kerohanian, penjagaan kebersihan, sekolah menengah

Abstrak

Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kawasan persekitaran
bukan perkara kecil dalam agenda pembangunan negara. Kebersihan
persekitaran yang baik mendorong pelestarian tamadun yang stabil. Ibn
Khaldun dalam’al-Muqadimah’, menghuraikan kepentingan menjaga
kebersihan udara di kawasan yang didiami. Gas-gas yang kotor yang
terbebas ke udara akan mencemarkan udara yang bersih dan
mengganggu kesihatan masyarakat setempat. Kesihatan masyarakat
yang merundum menjadikan masyarakat lemah dan lebih mudah
menghidap pelbagai penyakit. Pelbagai gejala pencemaran berlaku
pada zaman kini seperti pencemaran air dan udara, lambakan sampah
serta saliran dan sungai dipenuhi sampah sarap. Isu dan masalah yang
diceritakan Ibn Khaldun seperti pernyataan di atas berlaku pada abad
ke-14 sudah menjadi kebimbangan yang besar pada ketika itu dan ini
memberikan gambaran bahawa taraf kebersihan pada masa kini berada
dalam tahap yang buruk. Amalan menjaga kebersihan, keindahan dan

keselamatan diberikan perhatian dalam sistem pendidikan sekolah-
sekolah di Malaysia melalui Program 3K (Keselamatan, Kebersihan

dan Keindahan Alam Sekitar). Objektif penulisan ini ingin mengenal
pasti pengetahuan pelajar sekolah menengah di Selangor terhadap
Program 3K berkaitan kebersihan, kerohanian dalam program
penjagaan kebersihan dalam Program 3K di sekolah-sekolah menengah
di negeri Selangor, keberkesanan Program 3K dan persepsi pelajar
terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Mohd Taufik Mohd Ayup, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Ekologi Manusia
    Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Selangor

  • Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Ekologi Manusia
    Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Selangor

Muat turun

Diterbitkan

2019-12-13

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Mohd Taufik Mohd Ayup, & Ahmad Nasir Mohd Yusoff. (2019). PENERAPAN ELEMEN KEROHANIAN DALAM PROGRAM PENJAGAAN KEBERSIHAN SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN: IMPLEMENTATION OF SPIRITUAL ELEMANTS IN CLEANLINESS CARE PROGRAME AT SECONDARY SCHOOL IN STATE OF SELANGOR. JURNAL AL-ANWAR, 8(2), 51-64. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/123