PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN PENILAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA ARAB

DEVELOPMENT AND VALIDATION AN INSTRUMENT OF ASSESSING FOR TEACHING ARABIC MATERIAL

Pengarang

  • Muhammad Haron Husaini -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
  • Mohd Izzuddin Mohd Pisol -- muhdizuddin@kuis.edu.my
  • Ahmad Shafiq Mat Razali -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
  • Diyak Ulrahman Mat Saad -- Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
  • Ab. Halim Mohamdd -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml

Kata kunci:

Bahasa Arab, Bahan Bantu Mengajar, Kesahan dan Kebolehpercayaan

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan
instrumen untuk menilai amalan pengajaran, kekerapan dan kesediaan
penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arab (IPBBMBA) di
sekolah menengah Malaysia daripada perspektif guru. Berdasarkan
kajian literatur, soal selidik guru dan analisis instrumen sedia ada,
konstruk dikenal pasti dan item yang menyumbang kepada amalan
penggunaan, kekerapan dan kesediaan para guru untuk mengguna
bahan bantu mengajar telah dibangunkan. Kesahan dan
kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina.
Kesahan instrumen melibatkan tiga orang pakar dalam bidang
pendidikan bahasa Arab. Seramai 427 orang guru terlibat dalam kajian
ini. Hasilnya instrumen baru yang dibangunkan ini terdiri daripada 3
komponen utama. Komponen amalan pengajaran merangkumi 4
konstruk. Komponen kekerapan penggunaan 1 konstruk manakala
komponen kesediaan penggunaan pula mengandungi 5 konstruk.
Jumlah keseluruhan item bagi IPBBMBA termasuk demografi
responden adalah 82 item. Muatan faktor atau klasifikasi indeks
kebolehpercayaan untuk setiap item adalah dalam julat 0.60 dan ke
bawah hingga 0.90 dan ke atas. Hasil kajian juga menunjukkan nilai
alpha bagi semua komponen adalah dalam julat 0.435-0.931 dengan
purata 0.736. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh
digunapakai dalam menilai amalan pengajaran, kekerapan dan
kesediaan penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arab sekolah
menengah di Malaysia.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Muhammad Haron Husaini, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)

    Fakulti Pengajian Peradaban Islam
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
    Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

  • Mohd Izzuddin Mohd Pisol, muhdizuddin@kuis.edu.my

    Fakulti Pengajian Peradaban Islam
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
    Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

  • Ahmad Shafiq Mat Razali, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)

    Fakulti Pengajian Peradaban Islam
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
    Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

  • Diyak Ulrahman Mat Saad, Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)

    Fakulti Pengajian Peradaban Islam
    Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
    Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

  • Ab. Halim Mohamdd, Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
    Universiti Putra Malaysia
    43400 Serdang, Selangor

Muat turun

Diterbitkan

2019-12-16

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Muhammad Haron Husaini, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Ahmad Shafiq Mat Razali, Diyak Ulrahman Mat Saad, & Ab. Halim Mohamdd. (2019). PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN PENILAIAN BAHAN BANTU MENGAJAR BAHASA ARAB: DEVELOPMENT AND VALIDATION AN INSTRUMENT OF ASSESSING FOR TEACHING ARABIC MATERIAL. JURNAL AL-ANWAR, 8(2), 39-50. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/122