PERANAN ULAMA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI BESUT, TERENGGANU: SATU PEMERHATIAN AWAL

THE ROLE OF ISLAMIC SCHOLARS IN ISLAMIC DEVELOPMENT IN BESUT, TERENGGANU: AN INITIAL OBSERVATIONS

المؤلفون

الكلمات المفتاحية:

ulama، Besut، perkembangan Islam

الملخص

Golongan Ulama merupakan nadi utama kepada perubahan masyarakat setempat. Mereka memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran masyarakat kepada kehidupan yang baik berlandaskan syariat Islam. Artikel ini bertujuan untuk meneroka peranan golongan ulama dalam perkembangan Islam di Besut, Terengganu. Sebuah daerah yang istimewa, Besut berada dalam negeri Terengganu namun bersempadan sangat rapat dengan negeri dan masyarakat Kelantan. Jaringan ini membuatkan Besut membentuk ulama yang tersendiri yang kurang dikaji dan diketengahkan kepada khalayak umum. Makalah ini menumpukan kepada dua orang ulama iaitu Tuan Haji Hasan Besut dan Haji Husain Kampung Lapu. Latar belakang peribadi serta penglibatan dalam perkembangan Islam di Besut akan diteliti. Makalah ini berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis sejarah terhadap tokoh yang terlibat dengan analisis dokumen dan temubual. Data dihasilkan dapat dijadikan sumber rujukan kepada generasi akan datang. Sesungguhnya sangat besar jasa dan sumbangan ulama Besut dalam memberikan sinar Islam kepada masyarakat setempat.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

السير الشخصية للمؤلفين

  • Mohd Ekhbar Daud، National University of Malaysia
    Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Farid Mat Zain، National University of Malaysia
    Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

التنزيلات

منشور

2017-06-19

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Daud, M. E., & Mat Zain, F. (2017). PERANAN ULAMA DALAM PERKEMBANGAN ISLAM DI BESUT, TERENGGANU: SATU PEMERHATIAN AWAL: THE ROLE OF ISLAMIC SCHOLARS IN ISLAMIC DEVELOPMENT IN BESUT, TERENGGANU: AN INITIAL OBSERVATIONS. JURNAL AL-ANWAR, 103-114. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/46