MINAT DAN SIKAP PELAJAR BACELOR BAHASA ARAB DI IPTA MALAYSIA TERHADAP BAHASA ARAB

INTEREST AND ATTITUDE OF BACHELOR’S ARABIC STUDENTS IN PUBLIC INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING IN MALAYSIA TOWARD ARABIC

المؤلفون

الكلمات المفتاحية:

sikap، minat، pembelajaran bahasa، kemahiran bahasa، bacelor bahasa Arab

الملخص

Kajian ini bertujuan menganalisis hubungan antara minat dan sikap pelajar Bacelor Bahasa Arab terhadap bahasa Arab serta cuba memaparkan sikap dan usaha mereka untuk mempertingkatkan kecekapan bahasa Arab. Responden kajian ini terdiri daripada 130 orang pelajar yang mengambil pengkhususan B.A Bahasa Arab di IPTA seperti UPM, UIAM, UKM, UM dan USIM. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap bahasa Arab, tetapi mereka tidak menunjukkan keselarian antara sikap dan minat. Mereka kurang membaca akhbar Arab, cerpen, dan novel. Mereka juga kurang mendengar berita Arab, dan mengakses maklumat Arab melalui internet. Kajian juga mendapati bahawa responden sangat jarang menulis surat kepada pensyarah tentang sebab-sebab ketidakhadiran kuliah mereka dalam bahasa Arab. Majoriti responden juga kurang berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajar Arab (penutur asli).

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

السير الشخصية للمؤلفين

  • Ab. Halim Mohamad، Universiti Putra Malaysia
    Profesor Madya Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Wan Muhamad Wan Sulong، Universiti Putra Malaysia
    Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

التنزيلات

منشور

2016-06-25

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Mohamad, A. H., & Wan Sulong, W. M. (2016). MINAT DAN SIKAP PELAJAR BACELOR BAHASA ARAB DI IPTA MALAYSIA TERHADAP BAHASA ARAB: INTEREST AND ATTITUDE OF BACHELOR’S ARABIC STUDENTS IN PUBLIC INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING IN MALAYSIA TOWARD ARABIC. JURNAL AL-ANWAR, 21-37. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/17