Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program 3K Di Sekolah Menengah Negeri Selangor Darul Ehsan
Student Perception on The Effectiveness of 3K Program in Selangor State Secondary School Darul Ehsan
Keywords:
Persepsi, Pelajar, Keberkesanan, Program 3k, Sekolah MenengahAbstract
Amalan menjaga kebersihan perlu ditambah baik pada setiap tempat,
tubuh badan dan pakaian termasuk kawasan sekitar. Kelestarian
kebersihan persekitaran menjamin kehidupan selesa, baik, bersih dan
tiada penyakit. Amalan menjaga kebersihan terdapat dalam sistem
pendidikan sekolah Malaysia. Pada tahun 2004, Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Peningkatan
Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau
Program 3K. Program ini berjaya menterjemahkan sekolah yang lebih
ceria dan selamat. Kajian ini ingin melihat persepsi pelajar terhadap
keberkesanan program 3K di sekolah menengah di negeri Selangor
Darul Ehsan. Data dikumpul melalui borang soal selidik. Soal selidik
diedarkan kepada 300 pelajar di negeri Selangor. Data yang diperoleh
diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Teknik
analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan
persepsi, ujian-t untuk melihat perbezaan antara pelajar bandar dengan
luar bandar dan korelasi bagi melihat perkaitan tahap pengetahuan
pelajar terhadap tingkah laku pelajar. Keputusan boleh disimpulkan
bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap Program 3K tidak
mendorong perilaku positif pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan
persekitaran. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan dan penerapan aspek
kerohanian begitu lemah dan tidak diberikan perhatian dalam membina
perilaku dan jati diri pelajar. Beberapa soalan dikemukakan berkaitan
tajuk di atas. Pernyataan yang diberikan adalah berkisar tentang
persepsi pelajar terhadap keberkesanan program penjagaan kebersihan
yang dijalankan di sekolah. Keberkesanan ini dapat diukur adalah
dengan melihat kepada pandangan dan nilai peribadi diri pelajar
terhadap penjagaan kebersihan serta akhlak pelajar itu sendiri. Skala
Likert digunakan dalam bahagian ini dan bentuk jawapan yang
diberikan adalah “Sangat tidak setuju”, “Tidak setuju”, “Setuju” dan “
Sangat setuju” .

