APLIKASI NAJIS MUGHALLAZAH DALAM PENETAPAN HALAL SEMASA DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH
APPLICATIONS OF SEVERE NAJS IN DETERMINING THE CURRENT HALAL IN MALAYSIA ACCORDING TO MAQASID AL-SHARIAH PERSPECTIVE
Kata kunci:
najis mughallazah, maqasid al-shariah, al-taysir dan raf al-harajAbstrak
Para ulama berselisih pandangan terhadap penentuan hukum anjing dan babi sebagai najis mughallazah. Berdasarkan mazhab al-Shafi’i iaitu kedua-duanya adalah najis mughallazah. Namun pandangan tersebut dikritik kerana memilih kesukaran sedangkan terdapat pendapat yang lebih ringan. Justeru wujud dua golongan iaitu mereka yang tegas kekal dengan pemakaian najis mughallazah mengikut pendapat fiqh al-Shafi’i dan mereka yang mencadangkan penggunaan pendapat mazhab lain. Sehubungan dengan itu, penulisan ini dikemukakan untuk menilai sejauh mana kesesuaian aplikasi najis mughallazah mengikut pendapat fiqh al-Shafi’i dalam konteks semasa khususnya dalam penetapan halal di Malaysia. Penilaian dibuat berpandukan kepada pencapaian maqasid al-shari’ah iaitu pengukuran berdasarkan pencapaian matlamat syarak dalam memelihara maslahah dan penolakan terhadap mafsadah. Berdasarkan kepada penilaian, didapati dalam keadaan biasa, pemakaian najis mughallazah mengikut pendapat fiqh dalam mazhab al-Shafi’i lebih menepati maqasid al shari’ah khususnya dalam memelihara agama dan nyawa. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesukaran, perlulah diraikan khilaf dengan menggunakan pendekatan al-taysir dan raf‘ al-haraj yang masih di dalam ruang lingkup maqasid al-shariah.Muat turun
Muat turun data belum tersedia.
Muat turun
Diterbitkan
2018-06-18
Terbitan
Bahagian
Articles
Lesen
Hak Cipta (c) 2018 Tuan Sidek Tuan Muda, Ridzwan Ahmad

Kerja ini dilesenkan di bawah Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Cara Memetik
Tuan Muda, T. S., & Ahmad, R. (2018). APLIKASI NAJIS MUGHALLAZAH DALAM PENETAPAN HALAL SEMASA DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-SHARIAH: APPLICATIONS OF SEVERE NAJS IN DETERMINING THE CURRENT HALAL IN MALAYSIA ACCORDING TO MAQASID AL-SHARIAH PERSPECTIVE. JURNAL AL-ANWAR, 1-21. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/61
