PENGKONSEPSIAN MAKNA TAGHUT DARI PERSPEKTIF AL-QURAN

CONCEPTUALIZATION OF TAGHUT FROM QURANIC PERSPECTIVE

Pengarang

Kata kunci:

taghut, tafsir, istilah al-Quran, unsur persamaan makna

Abstrak

Terdapat pelbagai kosa kata yang diperkenalkan al-Quran kepada bangsa Arab. Salah satunya ialah lafaz taghut. Pelbagai tafsiran dan simbolik digunakan untuk mengkonsepsikan lafaz tersebut. Kecairan yang tinggi pada lafaz taghut menyebabkan tafsiran dan simbolik tersebut berubah sejajar dengan peredaran zaman. Justeru kajian ini bermatlamat untuk meneliti unsur persamaan yang wujud pada setiap tamsilan taghut bagi mengeluarkan konsep sebenar yang dibawa oleh ungkapan taghut. Metodologi kajian ini ialah penggunaan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan penelitian terhadap pemerian makna taghut yang terdapat dalam kitab kitab tafsir. Kajian mendapati entiti yang layak digelar sebagai taghut hanyalah entiti yang diagungkan dan dipertuhankan selain Allah. Selain itu, pengaruh yang terhasil daripada taghut turut mempersepsi konsep taghut. Pemahaman mengenai konsepsi taghut ini dapat menolak tafsiran yang salah tentang taghut dan mengelakkan berlaku penyelewengan dalam penggunaan istilah taghut.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Rasyad Afif Ibrahim, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhd Najib Abdul Kadir, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Haziyah Hussin, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Muat turun

Diterbitkan

2017-06-19

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Ibrahim, R. A., Abdul Kadir, M. N., & Hussin, H. (2017). PENGKONSEPSIAN MAKNA TAGHUT DARI PERSPEKTIF AL-QURAN: CONCEPTUALIZATION OF TAGHUT FROM QURANIC PERSPECTIVE. JURNAL AL-ANWAR, 81-102. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/45