MAKNA IMPLISIT UJARAN PERTANYAAN DALAM SURAH AL-NAML

IMPLICIT MEANING OF QUESTIONS IN SURAH AL-NAML

Pengarang

  • Muhamad Zaidi Zakaria -- Universiti Teknologi MARA, Raub
  • Wan Muhammad Wan Sulong -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Zulkifli Ismail -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Mat Taib Pa -- Universiti Malaya image/svg+xml

Kata kunci:

makna, implisit, ujaran pertanyaan, wacana Al-Quran, konteks

Abstrak

Kajian ini merupakan satu penyelidikan teks dokumen dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan ujaran pertanyaan dalam surah al-Naml. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan makna eksplisit dan implisit yang terkandung dalam ujaran pertanyaan dalam surah tersebut berdasarkan konteks. Fokus kajian ialah variasi ujaran pertanyaan dan makna ujaran berdasarkan konteks. Data kajian dianalisis berpandukan pandangan yang dikemukakan oleh ahli tafsir yang muktabar dengan fokus utama tertumpu kepada pandangan yang berkaitan dengan bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa ujaran pertanyaan dalam surah al-Naml bukan sahaja digunakan untuk fungsi suruhan atau pertanyaan tetapi juga sebagai pengungkap pelbagai maksud yang lain seperti mempersenda, galakan berfikir, memberi amaran, menasihati, mencela dan sebagainya. Ujaran pertanyaan ini berfungsi dengan sempurna dalam usaha memberi kefahaman kepada pendengar dengan mesej tersirat yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan gaya bahasa yang lain.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Biografi Pengarang

  • Muhamad Zaidi Zakaria, Universiti Teknologi MARA, Raub
    Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang Kampus Raub
  • Wan Muhammad Wan Sulong, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Zulkifli Ismail, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
  • Mat Taib Pa, Universiti Malaya
    Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya

Muat turun

Diterbitkan

2017-06-19

Terbitan

Bahagian

Articles

Cara Memetik

Zakaria, M. Z., Wan Sulong, W. M., Ismail, Z., & Pa, M. T. (2017). MAKNA IMPLISIT UJARAN PERTANYAAN DALAM SURAH AL-NAML: IMPLICIT MEANING OF QUESTIONS IN SURAH AL-NAML. JURNAL AL-ANWAR, 67-80. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/44