PENERAPAN ELEMEN KEROHANIAN DALAM PROGRAM PENJAGAAN KEBERSIHAN SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
IMPLEMENTATION OF SPIRITUAL ELEMANTS IN CLEANLINESS CARE PROGRAME AT SECONDARY SCHOOL IN STATE OF SELANGOR
Kata kunci:
penerapan, kerohanian, penjagaan kebersihan, sekolah menengahAbstrak
Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kawasan persekitaran
bukan perkara kecil dalam agenda pembangunan negara. Kebersihan
persekitaran yang baik mendorong pelestarian tamadun yang stabil. Ibn
Khaldun dalam’al-Muqadimah’, menghuraikan kepentingan menjaga
kebersihan udara di kawasan yang didiami. Gas-gas yang kotor yang
terbebas ke udara akan mencemarkan udara yang bersih dan
mengganggu kesihatan masyarakat setempat. Kesihatan masyarakat
yang merundum menjadikan masyarakat lemah dan lebih mudah
menghidap pelbagai penyakit. Pelbagai gejala pencemaran berlaku
pada zaman kini seperti pencemaran air dan udara, lambakan sampah
serta saliran dan sungai dipenuhi sampah sarap. Isu dan masalah yang
diceritakan Ibn Khaldun seperti pernyataan di atas berlaku pada abad
ke-14 sudah menjadi kebimbangan yang besar pada ketika itu dan ini
memberikan gambaran bahawa taraf kebersihan pada masa kini berada
dalam tahap yang buruk. Amalan menjaga kebersihan, keindahan dan
keselamatan diberikan perhatian dalam sistem pendidikan sekolah-
sekolah di Malaysia melalui Program 3K (Keselamatan, Kebersihan
dan Keindahan Alam Sekitar). Objektif penulisan ini ingin mengenal
pasti pengetahuan pelajar sekolah menengah di Selangor terhadap
Program 3K berkaitan kebersihan, kerohanian dalam program
penjagaan kebersihan dalam Program 3K di sekolah-sekolah menengah
di negeri Selangor, keberkesanan Program 3K dan persepsi pelajar
terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

