KECERDASAN EMOSI (EQ) DALAM AL-QURAN
EMOTIONAL INTELLIGENCE (EQ) IN THE QURAN
Keywords:
EQ, kecerdasan emosi, EQ dan al-QuranAbstract
Kecerdasan emosi atau ringkasnya EQ semakin diperkatakan oleh ramai pihak sekarang ini, khususnya apabila melihat kegagalan sistem pendidikan negara yang sebelum ini dikatakan terlalu memberi tumpuan kepada pembentukan kecerdasan intelek (IQ) semata-mata sehingga mengabaikan keperluan EQ dalam pembangunan dan perkembangan diri para pelajar khususnya dan negara amnya. Sedar atau pun tidak, Islam sebenarnya sudah lama mengajar kita nilai-nilai EQ dalam kehidupan, khususnya dalam kehidupan bermasyarakat. Malahan, nilai-nilai EQ yang diterapkan oleh Islam dilihat mempunyai asas fundamental yang kuat kerana dikaitkan dengan keimanan seseorang itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan mencuba menganalisis firman Allah Ta’ala dalam surah al-Mujadalah, ayat yang ke-11, al-Nur, ayat yang ke-27 dan 28, al-Ahzab, ayat yang ke-53, ‘Abasa, ayat yang pertama hingga ke-4, dan Ali ‘Imran, ayat yang ke-159 dan 160 yang dipercayai boleh dijadikan sandaran bagi umat Islam dalam memahami nilai-nilai EQ sepertimana yang terdapat dalam al-Quran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
12/18/2017
Issue
Section
Articles
License
Copyright (c) 2017 Mohd Hilmi Abdullah

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
How to Cite
Abdullah, M. H. (2017). KECERDASAN EMOSI (EQ) DALAM AL-QURAN: EMOTIONAL INTELLIGENCE (EQ) IN THE QURAN. JURNAL AL-ANWAR, 21-29. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/51
