KONFLIK MAKNA DALAM TERJEMAHAN KITAB AL-QANUN FI AL-TIBB
CONFLICT OF MEANING IN TRANSLATING BOOK OF AL-QANUN FI AL-TIBB
الكلمات المفتاحية:
air mani perempuan، buku lali، konflik makna dalam terjemahanالملخص
Al-Qanun fi al-Tibb merupakan sebuah kitab perubatan yang dikarang oleh Ibnu Sina sekitar tahun 1000 Masehi. Memandangkan kitab ini telah berusia lebih seribu tahun, sudah pasti banyak istilah perubatan yang digunakan oleh Ibnu Sina tidak lagi sepadan dengan istilah perubatan yang diguna pakai sekarang ini. Namun, dalam kertas kerja ini, penulis hanya akan membincangkan dua istilah sahaja yang digunakan oleh Ibnu Sina dalam kitab al-Qanun fi al-Tibb, iaitu air mani perempuan dan buku lali. Kedua-dua istilah ini dipilih kerana maksud yang dikehendaki oleh Ibnu Sina tentang kedua-dua istilah ini dalam al-Qanun fi al-Tibb jauh sekali daripada makna yang biasa kita fahami pada hari ini. Dalam hal ini, kegagalan penterjemah dan pembaca dalam memahami kedua-dua istilah tersebut akan meninggalkan implikasi yang besar terhadap ketepatan terjemahan dan salah faham terhadap Ibnu Sina, malah terhadap ulama-ulama yang lain. Oleh itu, penekanan dalam pendidikan tentang perkara ini juga harus diberi perhatian serius agar para pelajar tidak terkeliru ekoran konflik makna yang berlaku dalam istilah-istilah tersebut.التنزيلات
تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.
التنزيلات
منشور
2018-06-18
إصدار
القسم
Articles
الرخصة
الحقوق الفكرية (c) 2018 Mohd Hilmi Abdullah

هذا العمل مرخص بموجب Creative Commons Attribution 4.0 International License.
كيفية الاقتباس
Abdullah, M. H. (2018). KONFLIK MAKNA DALAM TERJEMAHAN KITAB AL-QANUN FI AL-TIBB: CONFLICT OF MEANING IN TRANSLATING BOOK OF AL-QANUN FI AL-TIBB. JURNAL AL-ANWAR, 23-34. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/62
