PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI

USE OF VOWEL ALIF IN THE FINAL OPENED SYLLABLE OF WORDS IN JAWI WRITING SYSTEM

المؤلفون

الكلمات المفتاحية:

vokal، ejaan Jawi، suku kata، fonetik

الملخص

Penggunaan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi agak bercelaru dan tidak mempunyai peraturan yang tetap. Upamanya dalam ejaan ساي [sa.ya], بوك [bu.ka] dan ترداي [ter.da.ya] didapati bahawa vokal alif digugurkan pada suku kata akhir perkatan. Manakala ejaan بوايا [bua.ya], بودايا [bu.da.ya], لوڤا [lu.pa] dan lain-lain dimasukkan vokal alif pada suku kata akhir perkataan. Kajian ini cuba menganalisis dan menghurai permasalahan pengguaan vokal alif ini pada suku kata akhir perkataan berdasarkan kaedah fonetik. Ia juga bertujuan untuk melihat masalah penggunaan vokal alif ini dalam kalangan pelajar UPM. Kajian ini menggabungkan kaedah teoritikal dan kuantitatif. Dalam kajian teoritikal, pengkaji menerapkan teori fonetik dan fonologi untuk menghurai dan membentuk teori penulisan Jawi yang lebih tersusun. Manakala kaedah kuantitatif pula, pengkaji menggunakan sampel pelajar Jabatan Bahasa Asing (Arab) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk melihat tahap keupayaan dalam penggunaan vokal alif pada suku kata akhir dalam penulisan perkataan Jawi. Kajian mendapati bahawa pelajar bermasalah menggunakan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia.

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

السيرة الشخصية للمؤلف

  • Ab. Halim Mohamad، Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

التنزيلات

منشور

2017-12-18

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Mohamad, A. H. (2017). PENGGUNAAN VOKAL ALIF PADA SUKU KATA TERBUKA AKHIR PERKATAAN DALAM SISTEM TULISAN JAWI: USE OF VOWEL ALIF IN THE FINAL OPENED SYLLABLE OF WORDS IN JAWI WRITING SYSTEM. JURNAL AL-ANWAR, 47-59. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/53