Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program 3K Di Sekolah Menengah Negeri Selangor Darul Ehsan

Student Perception on The Effectiveness of 3K Program in Selangor State Secondary School Darul Ehsan

المؤلفون

  • Mohd Taufik Mohd Ayup -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Ahmad Nasir Mohd Yusoff -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Arfah Ab. Majid -- Universiti Putra Malaysia image/svg+xml
  • Mohamad Maulana Magiman -- Universiti putra Malaysia kampus Bintulu Sarawak

الكلمات المفتاحية:

Persepsi، Pelajar، Keberkesanan، Program 3k، Sekolah Menengah

الملخص

Amalan menjaga kebersihan perlu ditambah baik pada setiap tempat, 
tubuh badan dan pakaian termasuk kawasan sekitar. Kelestarian 
kebersihan persekitaran menjamin kehidupan selesa, baik, bersih dan 
tiada penyakit. Amalan menjaga kebersihan terdapat dalam sistem 
pendidikan sekolah Malaysia. Pada tahun 2004, Kementerian 
Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Peningkatan 
Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah atau 
Program 3K. Program ini berjaya menterjemahkan sekolah yang  lebih 
ceria dan selamat. Kajian ini ingin melihat persepsi pelajar terhadap 
keberkesanan program 3K di sekolah menengah di negeri Selangor 
Darul Ehsan. Data dikumpul melalui borang soal selidik. Soal selidik 
diedarkan kepada 300 pelajar di negeri Selangor. Data yang diperoleh 
diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20. Teknik 
analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap pengetahuan dan 
persepsi, ujian-t untuk melihat perbezaan antara pelajar bandar dengan 
luar bandar dan korelasi bagi melihat perkaitan tahap pengetahuan 
pelajar terhadap tingkah laku pelajar. Keputusan boleh disimpulkan 
bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap Program 3K tidak 
mendorong perilaku positif pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan 
persekitaran. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan dan penerapan aspek 
kerohanian begitu lemah dan tidak diberikan perhatian dalam membina 
perilaku dan jati diri pelajar. Beberapa soalan dikemukakan berkaitan 
tajuk di atas. Pernyataan yang diberikan adalah berkisar tentang 
persepsi pelajar terhadap keberkesanan program penjagaan kebersihan 
yang dijalankan di sekolah. Keberkesanan ini dapat diukur adalah 
dengan melihat kepada pandangan dan nilai peribadi diri pelajar 
terhadap penjagaan kebersihan serta akhlak pelajar itu sendiri. Skala 
Likert digunakan dalam bahagian ini dan bentuk jawapan yang 
diberikan adalah “Sangat tidak setuju”, “Tidak setuju”, “Setuju” dan “ 
Sangat setuju” .

التنزيلات

تنزيل البيانات ليس متاحًا بعد.

السير الشخصية للمؤلفين

  • Mohd Taufik Mohd Ayup، Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Ekologi Manusia   
    Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Selangor 

  • Ahmad Nasir Mohd Yusoff ، Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Ekologi Manusia   
    Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Selangor  

  • Arfah Ab. Majid، Universiti Putra Malaysia

    Fakulti Ekologi Manusia   
    Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang. Selangor  

  • Mohamad Maulana Magiman، Universiti putra Malaysia kampus Bintulu Sarawak

    Fakulti kemanusia, pengurusan dan sains 
    Universiti putra Malaysia kampus Bintulu Sarawak 
    97008 Bintulu, Sarawak, Malaysia 

التنزيلات

منشور

2020-06-19

إصدار

القسم

Articles

كيفية الاقتباس

Mohd Ayup, M. T., Mohd Yusoff , A. N., Ab. Majid, A., & Magiman, M. M. (2020). Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program 3K Di Sekolah Menengah Negeri Selangor Darul Ehsan: Student Perception on The Effectiveness of 3K Program in Selangor State Secondary School Darul Ehsan. JURNAL AL-ANWAR, 51-59. https://jurnalanwar.com/index.php/ojs/article/view/113